Sunday 11 December 2011

Kelebihan pelaburan Unit Amanah berbanding Akaun Simpanan Biasa di Bank

Pada hari ini, ingin saya kongsikan kembali kelebihan pelaburan unit amanah berbanding instrumen pelaburan yang lain. Dan saya telah memilih untuk berkongsi mengenai kelebihan pelaburan unit amanah berbanding akaun simpanan biasa di bank.

Dari aspek keuntungan/pulangan, pelaburan unit amanah dapat memberikan pulangan yang jauh lebih besar berbanding akaun simpanan biasa. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai konsep yang berbeza, iaitu pelaburan dan simpanan.

Melabur adalah kaedah untuk melipat-gandakan pulangan daripada duit yang dilaburkan, manakala menyimpan hanyalah sekadar… menyimpan! Cumanya, jika kita menyimpan di institusi perbankan, pihak bank akan memberikan ganjaran dalam bentuk faedah/keuntungan dengan kadar yang telah ditetapkan. Jika duit tersebut hanya disimpan di rumah, ganjaran tersebut tidak akan kita perolehi.

Oleh sebab itu, kita perlu jelas apa tujuan kita menyimpan dan apa tujuan kita melabur.Jika kita menyimpan sekadar untuk memenuhi keperluan penggunaan segera tatkala berlaku kecemasan, maka simpanan adalah kaedah terbaik, kerana kita boleh mencairkan aset tersebut pada bila-bila masa. Itu pun tertakluk kepada had pengeluaran bank!

Namun, jika kita mengharapkan pulangan yang lebih daripada simpanan di bank, maka kita mungkin tidak akan menikmati kelebihan itu sampai bila-bila pun. Oleh yang demikian, simpan sebahagian duit kita dan laburkan sebahagian yang lain. Pakar kewangan sering menasihatkan supaya kita menyimpan sekadar yang perlu sahaja. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kita perlu mempunyai simpanan yang dapat menampung perbelanjaan selama 6 bulan untuk tujuan kecemasan. Maka, laburkanlah lebihan simpanan kita untuk memperolehi pendapatan tambahan.

Dari aspek risiko kewangan, pelaburan unit amanah boleh mengatasi risiko kesan inflasi terhadap nilai duit kita. Inflasi boleh diukur dengan merujuk kepada Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa.

Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am(average household expenditure). Daripada gambarajah di bawah, kita dapat lihat bahawa kadar inflasi negara kita sentiasa meningkat. 



(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)
Lihat sahaja pada kenaikan IHP bagi makanan dan minuman bukan alkohol bagi Januari 2008 dan Januari 2010. Purata kenaikan tahunan harga makanan dan minuman bukan alkohol melebihi 4% setahun. Dengan keuntungan sekitar 2-3% setahun, bagaimana simpanan kita di bank dapat menyelamatkan kita daripada mengalami kesan inflasi?Siapa kata menyimpan di bank tidak ada risiko? Inflasi adalah risiko utama duit simpanan kita di bank!
Cukuplah sekadar membandingkan 2 perkara utama yang membezakan pelaburan unit amanah dan akaun simpanan biasa. Semoga ia dapat membuka minda kita kepada kepentingan untuk melaburkan duit kita agar kita dapat memperolehi lebih pendapatan serta mengurangkan kesan inflasi ke atas diri kita.

Saturday 10 December 2011

KENAPA PERLU MILIKI POLISI TAKAFUL & KAD PERUBATAN PERIBADI JIKA MAJIKAN DAH SEDIAKAN ?


Ramai yang bertanyakan kepada saya :-
Kenapa perlu carum / memiliki polisi takaful & kad perubatan peribadi sedangkan majikannya sudah menyediakan takaful dan manfaat perubatan kepadanya ?

Jawapan saya :- 
Terima kasih kepada majikan anda yang prihatin dan bertanggungjawab dengan memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan keperluan memiliki polisi takaful & kad perubatan peribadi. Berikut perkara yang perlu difahami :-

TEMPOH PERLINDUNGAN TERHAD 

Biasanya, majikan anda hanya memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda selagi anda bekerja dengannya atau sehingga anda bersara pada umur 56 tahun.

Semua faedah tersebut akan hilang serta merta apabila anda bertukar kerja, diberhentikan kerja, menghidapi penyakit atau hilang upaya / lumpuh sebab penyakit atau kemalangan sehingga tidak boleh bekerja lagi.

NOTA : Dengan memiliki polisi takaful dan kad perubatan peribadi, ia melindungi anda dengan tempoh perlindungan sehingga umur 80 tahun ( tempoh polisi matang ) selagi mana polisi dikuatkuasakan.

POLISI SIJIL & MANFAAT PERLINDUNGAN MILIK  MAJIKAN 100% 

Majikan merupakan PESERTA ( pemilik polisi sijil ) yang memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda selaku ORANG YANG DILINDUNGI. Bermaksud polisi sijil dan manfaat perlindungan adalah milik majikan 100% dan dia berhak terhadap penyerahan manfaat tersebut selagi tiada perjanjian bertulis yang boleh dikuatkuasakan menyatakan penyerahan manfaat 100% kepada waris anda.

Ini bermakna :-
§  Majikan berhak mengubah pada bila-bila masa untuk mengurangkan ( reduce ) Jumlah Perlindungan Asas polisi sijil anda atau mengurangkan ( downgrade ) manfaat tambahan / rider.
§  Majikan berhak untuk menghentikan / tidak memperbaharui pelan polisi sijil ke atas anda ( mungkin kerana ingin penjimatan kos atau berlaku masalah kewangan  ).
§  Majikan berhak menentukan jumlah perlindungan asas dan manfaat tambahan yang akan dibayar/diberikan kepada anda mengikut budi bicaranya.
§  Tindakan majikan ini boleh menjejaskan manfaat, faedah dan perlindungan kepada anda jika musibah berlaku kepada anda.
NOTA : Dengan memiliki polisi takaful dan kad perubatan peribadi, anda merupakan PESERTA ( pemilik polisi sijil ) dan anda berhak 100% terhadap polisi sijil seperti menentukan pewaris terhadap penyerahan manfaat  perlindungan 100% melalui HIBAH dan membuat sebarang perubahan pada polisi sijil.

MILIKI PERLINDUNGAN KETIKA SIHAT

Ramai orang yang berpendapat bahawa mereka akan mengambil perlindungan takaful dan kad perubatan hanya selepas mereka bersara kelak sahaja. Mungkin kerana ketika itu dengan menerima wang persaraan barulah mereka berhasrat untuk mengambilnya.

Hakikat yang anda perlu tahu, anda masih sempat mengambil perlindungan takaful dan kad perubatan selepas bersara hanya jika keadaan kesihatan anda masih mengizinkan ( sihat 100% ).

Jika keadaan kesihatan sudah teruk selepas bersara, mana-mana syarikat takaful sukar untuk memberikan perlindungan takaful dan kad perubatan kepada anda. Maka, segala kos perubatan hospital dan kos sara hidup tambahan terpaksalah anda tanggung sendiri menggunakan wang persaraan yang ada.

NOTA : Kos perlindungan takaful dan kad perubatan peribadi ketika anda muda lebih murah berbanding pada usia anda sudah meningkat. Peningkatan kos perlindungan selaras dengan faktor peningkatan usia yang disebabkan kadar risiko kematian, hilang upaya dan penyakit  yang juga meningkat.

APAKAH FAEDAH & MANFAAT YANG DIBERIKAN MAJIKAN ?

Ramai pekerja mengambil sikap tidak mahu ambil tahu apakah faedah dan manfaat perlindungan takaful dan kad perubatan yang disediakan oleh majikan ?

Cuba anda SEMAK dengan majikan anda terhadap perlindungan takaful dan kad perubatan kepada diri anda, pasangan dan anak-anak, seperti berikut :-
§  Jumlah Perlindungan Khairat Kematian termasuk akibat dan punca kematian. Sejauh mana skop perlindungan diberikan? Adakah ia hanya meliputi musibah berpunca dari kemalangan sahaja atau termasuk punca semulajadi? Adakah ia terhad kepada waktu kerja sahaja atau sehingga had umur tertentu sahaja?
§  Berapakah jumlah perlindungan Hilang Upaya Kekal Keseluruhan akibat daripada kemalangan atau penyakit? Bagaimana syarat dan kaedah bayaran ditentukan?
§  Berapakah jumlah manfaat Gantirugi Kemalangan? Apakah jenis kemalangan yang tergolong dalam manfaat ini? Bagaimana syarat dan kaedah bayaran ditentukan?
§  Berapakah jumlah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal? Berapa jenis penyakit kritikal yang dilindungi, adakah 30 jenis, 36 jenis atau 46 jenis?
§  Berapakah jumlah maksimum tanggungan Bil Perubatan Hospital setahun dan jumlah keseluruhan? Adakah ia menanggung bil perubatan untuk semua termasuk isteri dan anak-anak? Apakah syarat-syarat tanggungan dan adakah wujud limitasi tanggungan?
§  Adakah disediakan dan berapakah jumlah Elaun Harian bagi kemasukan wad hospital?
§  Siapakah penerima faedah dan manfaat perlindungan takaful? Adakah faedah dan manfaat tersebut akan diserahkan 100% kepada anda atau terpulang kepada budi bicara majikan? Adakah perjanjian bertulis dibuat sebagai rujukan masa hadapan?
§  Apakah syarat-syarat dan prosedur jaminan dan tuntutan? Kepada siapa hendak rujuk, pegawai urusan tuntutan atau agen?

KESIMPULANNYA ? 

Jadikan perlindungan takaful dan kad perubatan peribadi sebagai perlindungan utama kebajikan keluarga anda, walaupun majikan anda  sudah menyediakannya. Perlindungan takaful dan kad perubatan yang disediakan dari majikan patut dianggap sebagai "bonus tambahan" sahaja kerana ia hanya melindungi anda SELAGI ANDA MASIH BEKERJA  dengan mereka.

MAA Takafulink Series menyediakan pelbagai pelan perlindungan takaful + kad perubatan + simpanan dan pelaburan dana syariah. 



"The Most Outstanding Takaful Product - MAA Takafulink 2009, 2010 & 2011"



Friday 25 November 2011

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH MAA TAKAFUL

1. Milik Bumiputra dan rakyat Malaysia
MAA Takaful adalah milik penuh Melewar Group yang merupakan milik rakyat Malaysia.CEOnya adalah En. Muhamad Umar Swift.

2. Mempunyai Rangkaian Pejabat dan Rangkaian Perkhidmatan Yang Banyak
Di Kuala Lumpur=Head Office, Kepong, KLCC.-Di Selangor=Banting, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Shah Alam, IOI Mall, Subang Parade. Di Negeri Sembilan=Kuala Pilah, Seremban, Seremban Parade. Melaka=Taman Melaka Raya. Johor= Batu Pahat, Kluang, Muar, Segamat, Johor Baharu. Perak= Ipoh, Sri Manjung, Taiping, Teluk Intan. Pulau Pinang = Butterworth, Nibong Tebal, Penang, USM Servicing Branch. Kedah = Alor Setar, Langkawi, Sg Petani. Perlis = Kangar. Di Pahang = Bentong, Kuantan, Mentakab. Di Terengganu = Kemaman, Kuala Terengganu. Di Kelantan = Kota Bharu Di Sarawak = Bintulu, Kuching, Limbang, Miri, Sarikei, Sibu. Di Sabah = Beaufort, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau.
Rangkaian yang banyak ini membantu consultan MAA Takaful membantu pelanggan mereka, selain itu juga kemudahan ini dapat memberi kemudahan kepada pelanggan MAA.

3. Mempunyai MAA ATM
MAA menyediakan pelanggannya kemudahan pembayaran premium dengan menggunakan cek atau kad kredit di MAA ATM. jadi di sini pelanggan masih boleh berurusan 24jam sehari isnin hingga ahad. Anda perlu ingat ada sesetengah pelanggan yang mengalami masalah perhubungan dengan consultan dan akhirnya polisi mereka lupus. Ada yang memberi alasan 'agen dah mana pergi, jadi aku tak tahu macam mana nak urus". Jadi kemudahan ini adalah pernyelesaiannya, MAA ingin memastikan pelanggan MAA tidak rugi apabila mencarum dengan MAA.

4. Pelan Takaful Yang Kompetetif
MAA menyediakan pelan yang boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia kerana MAA adalah syarikat Takaful Malaysia yang bergabung dengan Solidarity dari Bahrain yang merupakan antara syarikat takaful terbesar di dunia. Dengan ini MAA tahu apa yang mampu dimiliki dan keperluan rakyat Malaysia. Kelebihan ini juga memberi kebebasan kepada MAA untuk membuat keputusan pelan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

5. MAA mempunyai Pelan Perlindungan untuk semua golongan bermula serendah RM 50.00 sahaja.

6. Mempunyai panel shariah professional ditambah dengan kepakaran Solidarity dari Bahrain

7. Produk yang ditawarkan mempunyai keistimewaan & kelebihan tersendiri berbanding syarikat yang lain dari segi pakej yang ditawarkan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Wednesday 23 November 2011

Takafulink vs Traditional

Takafulink 

Takaful jenis ini dikenali juga dengan Takaful Berkait Pelaburan. Perlindungan yang diberikan ada hubung kait dengan tabung simpanan. Untuk pengetahuan bahawa caruman yang peserta lakukan setiap bulan akan dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukan ke dalam tabung bersama yang dinamakan sebagai sumbangan dan satu bahagian lagi dimasukan ke dalam tabung diri sendiri yang dinamakan simpanan peribadi.
Bagaimana takafulink berfungsi? Ia berfungsi apabila pencarum gagal untuk meneruskan caruman setelah beberapa tahun, contohnya selepas dua tahun mencarum, pencarum mengalami masalah kewangan dan gagal membayar untuk beberapa bulan berikutnya hatta walaupun setahun. Walaupun tiada caruman dalam tempoh tersebut perlindungan masih diberikan jika berlaku apa – apa musibah. Ini berlaku kerana peruntukan sumbangan untuk tabung bersama akan diambil secara automatik dari tabung simpanan peribadi. Sebab itulah ianya dinamakan takafulink. Takaful jenis ini sangat mesra pelanggan.
 
Takaful Tradisional

Takaful jenis ini pula apabila pencarum gagal mencarum pada tarikh ditetapkan, perlindungan tidak akan diberikan apabila peserta ditimpa musibah walaupun setelah beberapa tahun mencarum. Demikian kerana tabung bersama dan tabung simpanan peribadi diasingkan terus antara satu sama lain. Jika lewat dari tarikhnya, polisi akan tamat dan perlindungan akan bermula dari awal seperti pencarum baru di mana perlindungan akan melalui tempoh tanpa perlindungan. Pelan jenis ini kurang mesra pelanggan dan seeloknya difikirkan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesusahan di kemudian hari.

Friday 23 September 2011

Cancercare


MAA Takaful CancerCare – Pelan Perlindungan Khas Kanser

Wednesday, November 3, 2010 14:17
Posted in category Takaful
Pengenalan
“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.
Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.
Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.
Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, pelan ini menyediakan khairat kematian sebanyak RM10,000.00 untuk apa jua sebab kematian.
Kanser khusus khas lelaki:
  • Kanser Nasofarinks
  • Kanser Usus Kecil
  • Kanser Kolon (tidak termasuk rektum) – byk menyerang perokok ni :)
  • Kanser Prostat
  • Kanser Paru-Paru
Kanser khusus khas wanita:
  • Kanser Serviks
  • Kanser Uterus
  • Kanser Ovari
  • Kanser Payu Dara
  • Kanser Vagina
Mengapa anda patut memilih CancerCare?
  • Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser
  • Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser
  • Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun
  • Pelepasan cukai sehingga RM3,000. Pelepasan cukai tertakluk kepada kelayakan Peserta dan kelulusan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.
Manfaat Perlindungan di bawah Pelan CancerCare
1. Perlindungan penyakit kanser
a) Selepas Disahkan menghidap Karsinoma In Situ (CIS):
  • Hanya dibayar kepada CIS untuk Kanser Khusus Jantina.
  • Bayaran dipercepat 25% Jumlah Perlindungan.
  • Jumlah Maksimum: RM 50,000
b) Apabila Disahkan menghidap Kanser:
  • Baki Jumlah Perlindungan selepas bayaran manfaat CIS dibayar.
  • Jika kanser yang disahkan adalah Kanser Khusus Jantina (GSC), tambahan 25% Jumlah Perlindungan perlu dibayar.
  • Perlindungan Kanser Maksimum:125% Jumlah Perlindungan
  • Jumlah Perlindungan bergantung kepada jenis pelan.
  • Sijil akan ditamatkan selepas bayaran penuh Manfaat Kanser.
2. Belanja Pengebumian
  • RM10,000 akan dibayar apabila berlaku kematian atas apa jua sebab.
Jadual Manfaat Pelan CancerCare
Kelayakan
Usia Penyertaan: Orang Dilindungi : 0 – 65 Tahun
Peserta : 18 – tiada had tahun
Tempoh Produk: Pembaharuan Tahunan Sehingga Usia 75 Tahun
Contoh Perlindungan Pelan 4 (RM100,000.00)
Contoh Kadar Caruman
Caruman minima bagi bayaran secara bulanan adalah RM50. Jika jumlah caruman bulanan kurang dari RM50, pembayaran perlu dilakukan secara tahunan, setengah tahun atau tiga bulan sekali.

Borang Online Permohonan MAA Takaful

Name :
Alamat :
No Telefon / HP :
Email :
Tarikh Lahir (Hari/Bulan/Tahun) :
Bajet Sumbangan Bulanan RM50 - RM99
RM 100 - RM 199
RM 200 ke atas
Anda Merokok : Ya
Tidak
Produk MAA Takaful Kad Perubatan
Takafulink
Takafulink Wanita
Takafulink Hajj
Takafulink Education
Cancercare

This form powered by Freedback

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan