Wednesday 23 November 2011

Takafulink vs Traditional

Takafulink 

Takaful jenis ini dikenali juga dengan Takaful Berkait Pelaburan. Perlindungan yang diberikan ada hubung kait dengan tabung simpanan. Untuk pengetahuan bahawa caruman yang peserta lakukan setiap bulan akan dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukan ke dalam tabung bersama yang dinamakan sebagai sumbangan dan satu bahagian lagi dimasukan ke dalam tabung diri sendiri yang dinamakan simpanan peribadi.
Bagaimana takafulink berfungsi? Ia berfungsi apabila pencarum gagal untuk meneruskan caruman setelah beberapa tahun, contohnya selepas dua tahun mencarum, pencarum mengalami masalah kewangan dan gagal membayar untuk beberapa bulan berikutnya hatta walaupun setahun. Walaupun tiada caruman dalam tempoh tersebut perlindungan masih diberikan jika berlaku apa – apa musibah. Ini berlaku kerana peruntukan sumbangan untuk tabung bersama akan diambil secara automatik dari tabung simpanan peribadi. Sebab itulah ianya dinamakan takafulink. Takaful jenis ini sangat mesra pelanggan.
 
Takaful Tradisional

Takaful jenis ini pula apabila pencarum gagal mencarum pada tarikh ditetapkan, perlindungan tidak akan diberikan apabila peserta ditimpa musibah walaupun setelah beberapa tahun mencarum. Demikian kerana tabung bersama dan tabung simpanan peribadi diasingkan terus antara satu sama lain. Jika lewat dari tarikhnya, polisi akan tamat dan perlindungan akan bermula dari awal seperti pencarum baru di mana perlindungan akan melalui tempoh tanpa perlindungan. Pelan jenis ini kurang mesra pelanggan dan seeloknya difikirkan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesusahan di kemudian hari.

0 comments:

Post a Comment

Borang Online Permohonan MAA Takaful

Name :
Alamat :
No Telefon / HP :
Email :
Tarikh Lahir (Hari/Bulan/Tahun) :
Bajet Sumbangan Bulanan RM50 - RM99
RM 100 - RM 199
RM 200 ke atas
Anda Merokok : Ya
Tidak
Produk MAA Takaful Kad Perubatan
Takafulink
Takafulink Wanita
Takafulink Hajj
Takafulink Education
Cancercare

This form powered by Freedback

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan