Friday 23 September 2011

Cancercare


MAA Takaful CancerCare – Pelan Perlindungan Khas Kanser

Wednesday, November 3, 2010 14:17
Posted in category Takaful
Pengenalan
“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.
Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.
Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.
Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, pelan ini menyediakan khairat kematian sebanyak RM10,000.00 untuk apa jua sebab kematian.
Kanser khusus khas lelaki:
  • Kanser Nasofarinks
  • Kanser Usus Kecil
  • Kanser Kolon (tidak termasuk rektum) – byk menyerang perokok ni :)
  • Kanser Prostat
  • Kanser Paru-Paru
Kanser khusus khas wanita:
  • Kanser Serviks
  • Kanser Uterus
  • Kanser Ovari
  • Kanser Payu Dara
  • Kanser Vagina
Mengapa anda patut memilih CancerCare?
  • Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser
  • Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser
  • Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun
  • Pelepasan cukai sehingga RM3,000. Pelepasan cukai tertakluk kepada kelayakan Peserta dan kelulusan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.
Manfaat Perlindungan di bawah Pelan CancerCare
1. Perlindungan penyakit kanser
a) Selepas Disahkan menghidap Karsinoma In Situ (CIS):
  • Hanya dibayar kepada CIS untuk Kanser Khusus Jantina.
  • Bayaran dipercepat 25% Jumlah Perlindungan.
  • Jumlah Maksimum: RM 50,000
b) Apabila Disahkan menghidap Kanser:
  • Baki Jumlah Perlindungan selepas bayaran manfaat CIS dibayar.
  • Jika kanser yang disahkan adalah Kanser Khusus Jantina (GSC), tambahan 25% Jumlah Perlindungan perlu dibayar.
  • Perlindungan Kanser Maksimum:125% Jumlah Perlindungan
  • Jumlah Perlindungan bergantung kepada jenis pelan.
  • Sijil akan ditamatkan selepas bayaran penuh Manfaat Kanser.
2. Belanja Pengebumian
  • RM10,000 akan dibayar apabila berlaku kematian atas apa jua sebab.
Jadual Manfaat Pelan CancerCare
Kelayakan
Usia Penyertaan: Orang Dilindungi : 0 – 65 Tahun
Peserta : 18 – tiada had tahun
Tempoh Produk: Pembaharuan Tahunan Sehingga Usia 75 Tahun
Contoh Perlindungan Pelan 4 (RM100,000.00)
Contoh Kadar Caruman
Caruman minima bagi bayaran secara bulanan adalah RM50. Jika jumlah caruman bulanan kurang dari RM50, pembayaran perlu dilakukan secara tahunan, setengah tahun atau tiga bulan sekali.

0 comments:

Post a Comment

Borang Online Permohonan MAA Takaful

Name :
Alamat :
No Telefon / HP :
Email :
Tarikh Lahir (Hari/Bulan/Tahun) :
Bajet Sumbangan Bulanan RM50 - RM99
RM 100 - RM 199
RM 200 ke atas
Anda Merokok : Ya
Tidak
Produk MAA Takaful Kad Perubatan
Takafulink
Takafulink Wanita
Takafulink Hajj
Takafulink Education
Cancercare

This form powered by Freedback

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan